KURSUS PENGURUSAN DAN SEMBELIHAN SYARI'E (TEORI & PRAKTIKAL) BERSAMA USTAZ HALIM ZAKARIA




KURSUS PENGURUSAN DAN SEMBELIHAN SYARI'E (TEORI & PRAKTIKAL) BERSAMA USTAZ HALIM ZAKARIA

3.6.2023 / Sabtu
Alhamdulillah ‘ala Kulli Hal.
Program Kursus Pengurusan & Sembelihan Syari’e yang julung kali diadakan di Surau Al-Jannah, Bandar Rimbayu (SAJBR) telah berjaya menarik minat lebih dari 30 peserta yang datang dari pelbagai tempat, antaranya datang dari daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Program bermula dengan pendaftaran peserta seawal 8.00 pagi dan berakhir 2.00 petang.
Bacaan Doa dari Imam (Ustaz Fadhullah) dan ucapan perasmian oleh Pengerusi SAJBR (Haji Kadir Iskandar) sebagai pembuka majlis.
Alhamdulillah, dengan izin Allah program berjalan lancar seperti yang direncanakan. Penglibatan pembimbing yang terkemuka Ustaz Halim Zakaria bersama krew/fasi yang begitu komited dan kerjasama dari para peserta serta ahli kariah banyak membantu dalam kelancaran kursus ini.
Pameran dan jualan alatan sembelihan turut memakmurkan iternari program pada hari ini.
Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta, jamuan tengahari dan solat
Zohor.
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa SAJBR, Ahli Kariah Bandar Rimbayu, En Zulkipli Said merangkap Ahli Majlis Zon 3, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang sudi menyantuni dan membantu bagi menjayakan kursus ini.
Semoga perkongsian ilmu tadi dapat dimanfaatkan oleh semua hadirin dan dapat dipraktikan nanti.
Mohon maaf andai ada terkurang dan tersilap sepanjang program dijalankan.
Seeru ‘ala barakatillah.
Sekian, Terima Kasih
Urusetia,
Kursus Pengurusan & Sembelihan Syari’e (Teori & Praktikal) 2023,
Surau Al-Jannah, Bandar Rimbayu