Latar Belakang

SURAU ALJANNAH, BANDAR RIMBAYU



Merenung kembali kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Makkah ke Kota Madinah. Setibanya baginda tiba di Madinah, program pertama yang diuruskan oleh Rasulullah adalah pembinan Masjid Quba'. Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu, hingga projek itu dijalankan tanpa memerlukan masa untuk menyimpan dana atau “mesyuarat” yang berjela-jela.

Bandar Rimbayu adalah merupakan satu projek pembinaan bandaraya baru di dalam kawasan Kuala Langat. Surau atau Masjid yang berdekatan terletak lebih kurang 5-10 kilometer daripada kawasan perumahan penduduk Rimbayu. Diatas semangat hijrah dan kesedaran untuk menyatukan penduduk yang beragama Islam dan menunaikan fardhu kifayah bagi perlaksanaan solat secara berjemaah, berberapa orang penduduk telah berkumpul sebagai penggerak untuk memulakan pembinaan surau bagi kawasan qariah Bandar Rimbayu.


Oleh kerana kos dan masa bagi pembinaan surau yang dirancang adalah besar dan mengambil masa yang lama. Diatas inisiatif penduduk-penduduk Bandar Rimbayu, telah berkumpul berganding tenaga dan wang bagi membina surau sementara yang ada pada masa ini.

Pembinaan surau sementara ini telah bermula dengan perancangan daripada bulan Mar 2018 bagi menyediakan tempat untuk menunaikan solat terawih secara berjamaah bagi kemudahan penduduk Bandar Rimbayu. Pada awalnya tempat solat dibina dengan khemah "marquee tent", kemudian di ganti dengan kontena dan selanjutnya ditambah baik sehingga hari ini.




Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, walaupun surau sementara ini yang asasnya dibina daripada kontena namun dapat memberikan keselasaan kepada para jemaah dan penduduk sekitar untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Disamping itu juga, ia menjadi tempat berkumpul, mesyuarat, penyatuan tenaga dan penyelesaian masalah.




Sumbangan-sumbangan sama ada dari segi kewangan, tenaga atau barangan masih lagi diperlukan untuk menampung kos operasi surau sementara ini.

Semoga Allah membalas segala jasa, sumbangan tenaga dan wang daripada Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian..

Jazakallahu Khairan Kasthira.